Friday 27 May 2011

Bagaimana orang Islam boleh termakan babi.


Untuk makluman semua.

MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork. 

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia .Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu. *frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda. 

Tuesday 17 May 2011

DNA BABI dalam bahan buat kek, roti:JAKIM


Dah satu Malaysia makan baru nak cakap.. kot kita dah termakan?

Israel tembak kapal bantuan

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza, Palestin, dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah, awal pagi Isnin waktu Malaysia.
Semua 12 penumpang dan kru, termasuk dua wartawan Malaysia, selamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal ‘MV Finch’ ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama, Mohd Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.

Faizal berkata, tentera Israel mengelilingi kapal misi bantuan itu dan mengarahkannya berpatah balik sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara, kira-kira tiga batu nautikal berhampiran sempadan Rafah.
Dia menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di sini, melalui panggilan dan SMS menggunakan telefon bimbit dari kapal berkenaan beberapa jam selepas kejadian itu.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira 6.05 pagi waktu tempatan (1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang mengelilingi kapal MV Finch selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.

Katanya, satu daripada tembakan itu hampir mengenai kru kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam kapal.

“Mereka mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan. Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan berkenaan,” kata Faizal. Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh rakyat Malaysia manakala yang lain dua kru warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.

Faizal berkata, tindakan tentera Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata.

“Tentera laut Israel menggunakan peluru jenis .50mm antipesawat,” katanya. Faizal berkata, wartawan New Straits Times (NST), Alang Bendahara sempat merakam video tindakan kejam Israel itu terhadap mereka.

Menurutnya, selepas tentera Israel melepaskan tembakan pertama, Kapten Jalil Mansor yang mengemudi kapal itu memberitahu tentera Israel melalui radio.

Kapten Jalil: “Ini menyalahi undang-undang terhadap orang awam yang tidak bersenjata.” Tentera Israel: “Ini tembakan amaran. Berpatah balik!” Kapten Jalil: “Kami orang awam yang tidak bersenjata dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.” Tentera Israel: “Ini ialah zon tentera tertutup. Ia adalah satu pencabulan. Berpatah balik!“ Kapten Jalil: “Kami akan teruskan (misi).” Kemudian tentera Israel menuju ke bahagian belakang kapal misi dan melepaskan tembakan amaran kedua ke udara. Derek Graham: “Ini melanggar undang-undang antarabangsa. Kami dalam misi keamanan dan tidak bersenjata.” Tentera Israel: “Berpatah balik! Kami akan lepaskan tembakan lagi.” Derek Graham: “Kamu tembak orang awam yang tidak bersenjata.” Tentera Israel: “Kami tidak tembak orang awam yang tidak bersenjata.” Derek Graham: “Seperti tembak ke arah kami.” Tentera Israel: “Kami tidak lepaskan tembakan ke arah kamu. Kami cuma lepaskan tembakan amaran.” Selepas itu, tentera Israel melepaskan dua lagi tembakan amaran dan mengugut: “Lain kali, kami akan mendarat di atas kapal kamu.” Kemudian kedengaran di radio, tentera Mesir memberitahu tentera Israel: “Hentikan tembakan. Mereka berada di perairan Mesir.” Kapal misi bantuan itu berlepas dari Greece petang Selasa waktu Malaysia memasuki Mediterranean menuju ke Gaza, membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza. - Bernama

Sunday 15 May 2011

AWASSSS!!!!!...KELADI BERACUN



Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam

"Malaysia Inovatif, Meraikan Kreativiti"

Saya yang menurut perintah,

Norfadzli

____________________
Mohd Norfadzli bin Abd Azizir
Pusat Maklumat Sains dan Teknologi (MASTIC)
Aras 4,Blok C5,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 Putrajaya.

Sunday 8 May 2011

Info: Punca gigi kuning

Info: Punca gigi kuning
# Amalan pemakanan
# Plak
# Pengambilan ubat-ubatan
# Cecair pencuci mulut
# Trauma
# Florida
# Penuaan
# Rawatan akar
# Merokok

hightlight di florida..aq ingat florida baik sgt utk gigi..
mnipu btul kompeni ubat gigi ni

Dari Hakim bin Hizam r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w bersabda : "Dua orang yang melakukan jual beli
boleh memilih (diterusan jual beli atau tidak) selama keduanya belum berpisah.
Kalau dia berlaku jujur dan menjelaskan (buruk baik barang jualan ),
 keduanya memperoleh berkat dalam jual beli.
Tetapi kalau dia berdusta dan menyembunyikan (cacat
barang jualan) , dihilangkan keberkatan jual beli itu." Hadis sahih riwayat Muslim

hukum tetap ade..sekian wassalam

Thursday 5 May 2011

Rosmah tokoh wanita baik untuk dicontohi?

Rosmah tokoh wanita baik untuk dicontohi?
Huzir Sulaiman   
Saya tersedak dan kemudian tersenyum selepas mendengar Rosmah dikatakan sebagai contoh wanita  terbaik seperti yang dipaparkan oleh ASTRO Awani semalam. Bukan kerana setuju atau bangga tetapi kerana kebingungan sambil terasa loya secara tiba-tiba. Selepas meneliti paparan berita online di Bernama.com pagi ini, ia dikhususkan melalui perbandingan dengan isteri-isteri pemimpin dunia. Mungkin betul maksud isi hati saya pada mulanya jika ia hanya diperbandingkan dengan sebahagian isteri-isteri pemimpin dunia yang hadir di Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 semalam.
Mungkin juga tidak jika ketokohan suami Emine Erdogan yang juga hadir di Sidang Kemuncak itu iaitu Recep Tayyip Erdogan diambil kira berbanding Datuk Seri Najib Razak, mungkin calon yang lebih sesuai dikatakan sebagai tokoh wanita yang harus dicontohi berbanding isteri-isteri pemimpin dunia yang lain khususnya Rosmah, lebih-lebih lagi penganjuran Sidang Kemuncak itu diadakan di Turki dan beliau, Emine Erdogan adalah tuan rumah kepada Sidang Kemuncak itu.
Kita pasti ingat bagaimana Perdana Menteri Turki itu, di World Economic Forum bertikam lidah dengan Simon Peres Perdana Menteri Israel sambil menjerit “You’re killing people!” dan kemudian terus meninggalkan pentas itu sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Saya tidak melihat ketegasan seperti itu datangnya dari Datuk Seri Najib Razak khususnya pandangan tegas beliau ke atas polisi jahat Israel di bumi Palestin sehingga ke hari ini.
Faktor itu jika diambil kira, termasuk kewajipan Rosmah sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan dari Allah S.W.T dalam urusan menutup aurat, secara peribadi saya tidak akan bersetuju atau sependapat dengan  Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011  untuk melabelkan Rosmah sebagai tokoh yang baik untuk dicontohi khususnya kepada wanita ISLAM di seluruh dunia termasuk menggelarkan beliau sebagai Wanita Pertama Negara sedangkan gelaran itu hanya berhak disandang oleh Raja Permaisuri Agong.

anda fikirlah ye..dipetik dari surat pembaca sebuah akhbar

Sunday 1 May 2011

WAJAH HANTU

  Assalamualikum semua..

RAMBUT mengerbang, mata menyala merah saga, gigi menyeringai, kulit wajah kedut seribu atau berkuku panjang lagi tajam - identiti yang tidak pernah lekang pada watak hantu yang sering dipegang dua seniwati ini.
-DIPETIK DARI SOKKABAR ARINI-

penah ke jmpe antu mkan? tak penah an?..

uuh..canteknye nenek2 kat atas.
sye tak kutuk tp puji.
bkan ape, sebenanye sye suke tgok cite hantu.. terutamenye antu2 yg cun..
tp, stelah dsedari dan dperhati.. kadang2 org lg takot hantu dari Tuhan 
hantu=setan=iblis.. bkan nak bbangge ke ape..
slame 17 taon aq idop x penah antu usek ke..jus lalu2 jek..
ape nak tkot..(bngge dri btol)

senaye nk bgtaw klo ad ank buah ke.. ank ke.. sesape je laa yg kecik2
jgn dmomokkan dgn cite antu n dtkot2 kan diorang
sebb nt akan wujud dan tertanam dlm dri diorang prasaan sgt tkot pade iblissetan=hantu
ni berkaitan dgn akidah sebenanye..
kendian, klo diorang tkot ke ape,
aja la ayat kursiy ke ape supaye wujud kebergantungan kpd Allah s.w.t.
nmpak je small matter, tp penting utk minda o mindset

sekiansekiansekian..