Saturday 26 February 2011

hey! kamu..

...assalamualaikum....
Stelah bberape ari tak menge-post... anak cik Yahya telah kembali.
tringat tahun lpas sepupu sye- anak makbusu -tlah kembali ke rahmatullah..
nama dye Ahmad Sarhan.. dia meninggal pd umur yg muda, mse tu 19 tahun..
yang sye paling egt masa tu tahu berita tu lepas ari sukan skolah
tak sangka. susah terima. yela raye ari tu bru jumpe. dah tiade kat dunia
tp, tak dpt jumpe jenazah arwah sbb mase tu dia tgh blaja kat mesir dan dikebumi kat sana..
 Sarhan meninggal sbb jatuh bangunan.. -sbb tak diketahui-
 ....al-fatihah buat beliau....

Oleh itu ingatlah bahawa kematian itu tetap menemui kita, tiada siapa boleh lari daripadanya.
Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam Surah ‘Ali Imran ayat 180 maksudnya :

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.

Jadi, nak taknak kena percaya.. akan rasakan.. Mati.
Kematian Sarhan menjadi pengajaran buat kita. mati tak tunggu umur 56, 70, ...
Bile yg tua sakit-sakit meninggal , memang terkejut tp  sedar tak sedar minda kita boleh terima
tp, bila yang muda meninggal , mcm tak  caye.. muda lg
kenapa?.. tibe2?..kalau kita yg meninggal camne eh?
tu luahan ati sye lah..


keluarga mak busu.. arwah(kiri)


******************************************************************

FAKTA SIKIT:


NABI MUHAMMAD berketurunan Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ismail a.s, Nabi Ishak dan Madyan anak Nabi Ibrahim. Drpd Nabi Ismail lahir keturunan mulia sampai kepada Abdul Mutalib (datuk Nabi), Abdullah (ayah Nabi) dan Nabi sendiri. Dari Madyan lahir Nabi Syuib. Dari Nabi Ishak lahir beberapa nabi lain iaitu Nabi Yaakub, Yusuf, Ayyub, Zulkifli, Yunus, Musa, Harun, Ilyas, Ilyasaa', Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya dan Isa a.s...

 *******************************************************************
Serba sedikit sye nak kongsi.. mungkin ramai tak tahu..

*******************************************************************
--Semakin banyak air zamzam dipam dan diambil, semakin banyak ia keluar. sebab tulah ia tak penah kering
--Rasa air zamzam berbeza ikut tempat mane ia dibawa.. Tp, kualiti ia tak berubah
--Airnya terlalu bersih dan suci biarpun tak dirawat dan diklorinkan
--Sunat minum air zamzam berdiri sbg tanda hormat
--perigi zamzam tak pernah ditumbuhi kulat-macam perigi lain
--Nabi s.a.w bersabda: seperti yang diriwayat Jabir b. Abdullah, "Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan"


air zamzam..
molekul zamzam..

Anyways ... Thanks for reading...

Tuesday 22 February 2011

HALAL HARAM

"DAN MAKANLAH DARIPADA REZEKI YANG TELAH DIBERIKAN OLEH ALLAH KEPADA KAMU, IAITU YANG HALAL LAGI BAIK, DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH YANG KEPADANYA SAHAJA KAMU BERIMAN" (Surah Al Maaidah, ayat 88)

Terdapat garis panduan yang membimbing umat islam dalam kehidupan seharian dan ini termasuk peraruran makan minum. Undang2 ini t'diri drpd konsep halal, haram, masbuh, makruh dan mubah.Kebersihan tubuh,minda dan jiwa benar2 bergantung pada kesucian makanan yg kita makan.


Masbuh?:Menimbulkan keraguan pada asal usulnya. Org islam sejati akan menjauhkan diri drpd makanan yg diragui  kehalalannya.
Makruh?:Tidak digalakkan pengambilannya oleh Allah dan rasul.

Mubah?:Mubah atau harus bermaksud tidak dilarang mahupun digalakkan.

Rakan2 yang sye kasihi. perhatikanlah setiap apa yg dimakan. kelak mungkin akan ditanya Allah dan kita akan dipertanggungjwb.
Jika ingin membeli makanan mengandungi gelatin, pastikan kehalalannya gelatin itu. dan perhatikanlah kandungan makanan yg kita mkn diketahui status halalnya.

"MAKA HADAPKANLAH WAJAHMU DENGAN LURUS KEPADA AGAMA (ALLAH);
 (TETAPLAH ATAS) FITRAH ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA MENURUT FITRAH ITU TIDAK ADA PERUBAHAN PADA FITRAH ALLAH. (ITULAH) AGAMA YANG LURUS TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUINYA",                                           ( Surah ArRuum, ayat 30).

Sye berharap apa yng dikongsi memberi manfaat kepada anda. disini ada beberapa pesanan Imam Syafie yg ingin sye kongsi yg dipetik dari buku 'Imam Syafie', tulisan Abd Latip Talip , mungkin ada yg da baca:
  • pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun
  • berbuat baik dan tunjukan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. ia dapat menambah keberkatan pada umur menambah rezeki dan keampunan ke atas dosamu.
  • sebesar2 keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  • ketahuilah sebesar2 kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memeberi maaf kepada org lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. 
  • Allah menjanjikan kepada org yg beriman akan ditinggikan darjat & diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
Smoga memberi pengajaran kepada anda semua dan diri sye..THANKS FOR READING..
 
sedia utk digorengg!!muahaha*selingan*

Monday 21 February 2011

Hi Dunia!!

Hi Duniaa!!!
Alhamdulillah.. Shukur ke hadrat Allah kerana harini aku telah berjaya memulakan hari pertama sbg blogger amatur. Selamat datang kepada para pengunjung sekelian. Diharap dapat beri tunjuk ajar.